BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 20 June 2011

PENYAKIT LAZIM BAGI KAMBING/ BERBIRI DAN CARA RAWATANNYA

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST MERCIFUL


PENYAKIT LAZIM BAGI KAMBING/ BERBIRI


OLEH : DR MAIZATUL AZLINA ABD MULOK
INSTITUT VETERINAR MALAYSIA

TEL : 07-7594700 / 7594703
FAX : 07-7596812
EMAIL : maizatul@jph.gov.my

TOPIK INI MEMBINCANGKAN PENYAKIT BIASA TERNAKAN KAMBING/BERBIRI YANG BERPUNCA DARIPADA PENGURUSAN TIDAK SISTEMATIK


PENYAKIT LAZIM :


1. PNEUMONIA
2. HELMINTHIASIS
3. CONTAGIOUS ECTHYMA
4. DIARRHEA
5. FOOT ROT
6. CLA
7. KEMBUNG
8. MYIASIS


1. PNEUMONIA (RADANG PARU-PARU)


PENYEBAB :

  • Virus, Bakteria, Parasit, Bahan Kimia

PUNCA :
  • Stress/tegasan cuaca (sejuk)
  • Pemakanan tidak bermutu
  • Bebanan cacing
  • Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik
  • Terlalu padat
Semua punca ini memudahkan kambing mendapat pneumonia


SYMPTOMS :
  • Pernafasan cepat / sesak nafas
  • Suhu tinggi / demam
  • Bunyi pernafasan tidak normal
  • Batuk, bersin, cecair dari hidung
  • Lemah, kurus, tiada selera

RAWATAN :
  • Jangkitan Bakteria - antibiotik spektrum luas

KAWALAN PENCEGAHAN
  • Kurangkan stress
  • Ventilasi (pengaliran udara) kandang baik
  • Anak baru lahir dapat culup kolostrum
  • Asing ternakan yang sakit
  • Rawat tanda-tanda awal
  • Vaksinasi untuk Pasteurellosis


Tinggi lantai drp tanah - 5 kaki
peruapan gas ammonia drp air kencing di bawah kandang menyebabkan pneumonia


Vaksin Heptavac
Immunisasi terhadap pasteurellosis n penyakit clostridiosis


2. HELMINTHIASIS


SIMPTOMS : 
  • Kurus, terbantut, lemah
  • perut buncit, kadang-kadang diarrhea
  • Bengkak Oedema di bawah dagu (bottle jaw)
  • Selaput basah pucat
  • Dehidrasi
  • Analisis tinja - bilangan telur cacing tinggi

RAWATAN :

  • Anthelmintik yang sesuai
  • Secara oral, suntikan, pour-on
nyah cacing secara oral



PENCEGAHAN :
  • Sistem ragutan pusingan
  • Program pengambilan sampel tinja untuk Fecal Egg Count (F.E.C.)
  • Program pemberian ubat nyahcacing berdasarkan keputusan F.E.C atau tanda-tanda klinikal yang nyata
  • Guna anthelmintik paling berkesan & tukar jenis setiap 2 tahun


3. CONTAGIOUS ECTHYMA (PURU)


PENYEBAB :

Virus - mudah menyerang anak. Anak menjadi lebih kurus & lemah akibat susah hendak makan


SIMPTOMS :
  • Gelembung air di mulut, gusi, bibir. Bila pecah akan menjadi keruping merekah dan berdarah
  • Juga berbentuk keruping hitam pada bibir / muzzle
  • terjadi juga di celah jari dan bahagian kelenjar susu ibu

RAWATAN :
  • Bersih & ubat luka kesan drp gelembung pecah dengan iodin / gentian violet / krim akriflavin
  • Sapu krim Mepyramine pd gelembung

KAWALAN
  • Asing yg berpenyakit, jauhkan jangkitan drpd gelembung yang pecah
  • rawatan awal
  • bebiri & kambing dipelihara dalam kandang berasingan


4. DIARRHEA

PENYEBAB : 

1.PENGURUSAN
  • Makanan tidak sesuai
  • Kandang dan peralatan tidak bersih
  • Air tidak bersih
2. PARASIT
  • Cacing
3. BAHAN KIMIA
  • Keracunan
4. PENYAKIT
  • Bakteria, virus, protozoa (coccidiosis)


TANDA-TANDA KLINIKAL
  • Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi
  • najis cair/lembik, berubah bau/warna
  • tiada selera, lemah, kematian


RAWATAN 
  • Antidiarrhea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
  • Rawatan sokongan - elektrolik/cecair, metabolik stimulant

keadaan najis diarrhea



kandang yang bersih sering dibasmi  kuman/desinfekdapat mengelakkan kes diarrhea


KAWALAN & PENJEGAHAN
  • Tingkatkan pengurusan - kebersihan kandang, alatan, air
  • Pengurusan makanan yang betul
  • Program nyahcacing
  • Asing ternakan sakit, rawatan awal


5. FOOT ROT (BURUK KUKU)


PENYEBAB
  • Bakteria 
  • - Fusiformis nodosus
  • - Fusiformis necrophorus
  • - Spirochaetes

TANDA KLINIKAL
  • Nekrotik/tisu mati di kawasan celah kuku
  • Bengkak, merah, sakit bila disentuh
  • Mungkin ada nanah
  • Tempang
  • Demam, tiada selera
  • Toksemia, terbaring, kematian

foot rot


Kasut Aladdin
pengumpulan kotoran di rekahan kuku yang panjang bersama tisu yang reput 
menggalakkan jangkitan kuman.
Berbiri dan kambing memerlukan kuku yang boleh bertapak dengan baik, kemas supaya
dapat berjalan jauh untuk meragut. 
Juga membolehkan mereka memajat/mengawan dengan sempurna



RAWATAN 
  • Bersih kawasan terlibat dengan antiseptik
  • Buang tisu nekrotik/kulit mati
  • Keluarkan nanah
  • sapu atau rendamkan kaki kedalam larutan 5% kuprum sulfat / 2% formalin
  • letak ternakan di tempat kering
  • Dressing setiap hari, suntik antibiotik


hoof trimming dengan foot rot shear
program memotong kuku



KAWALAN & PENCEGAHAN
  • Guna footbath (5% kuprum sulfat) di pintu masuk kandang @ foot dipping dengan 3% formalin 2 kali seminggu
  • Kesan tanda-tanda awal pada ternakan dengan memeriksa kawasan kuku / tapak kaki
  • Vaksinasi
  • Singkir bagi kes berulang
  • Program desinfek kandang/ basmi kuman lantai


6. CASEOUS LYMPHADENITIS (CLA)


PENYEBAB
  • Bakteria - corynebacterium pseudotuberclosis

TANDA KLINIKAL
  • Bisul pada nodus limfa
  • Bisul masak pecah mengeluarkan nanah hijau pekat 

RAWATAN
  • tidak digalak - asing singkir
  • antibiotik - penisilin

KAWALAN
  • Singkir ternakan positif pada ujian serologi
  • Program basmi kuman lantai dan peralatan
  • vaksinasi


7. KEMBUNG


PENYEBAB
  • Kadar gas yang di hasilkan dalam rumen dan retikulum melebihi kadar pengeluaran gas melalui eruktasi
  • Gas terkumpul menyebabkan rumen atau retikulum membesar
  • Gangguan fizikal - sekatan eosofagus, radang perut, terlebih buih dalam rumen
  • Gangguan biokimia - makanan daun kayu beracun
  • Terlebih PKC, PKC terlalu halus
  • sensitiviti pada ubat, rosak saraf vagus
  • keracunan nitrat

TANDA KLINIKAL
  • pembesaran kiri rumen
  • bunyi seperti gendang bila diketuk
  • ternakan resah, duduk bangun, sakit bahagian abdomen
  • kurang makan/minum
  • terbaring kesakitan
  • kadar pernafasan bertambah, sesak nafas, kematian

RAWATAN
  • Masukkan tiub perut melalui mulut, eosofagus, terus ke rumen
  • beri ubat penahan kembung (antibloat) terus kedalam rumen
  • minyak masak / halia boleh digunakan
  • keadaan serius, gunakan trocar & canula untuk tebuk lubang pada bahagian rumen bagi mengeluarkan gas dengan cepat



8. MYIASIS / LUKA BERULAT


PENYEBAB
  • Luka yang tidak dirawat dijangkiti larva Chrysomia bezziana
  • Proses luka berulat berlaku dengan cepat, 45-72 jam. Larva ini memakan tisu & menyebabkan pendarahan dan kerosakan tisu

FAKTOR YG MEMPENGARUHI
  • Baka temperat lebih mudah terkena
  • kawasan basah cepat busuk spt pusat anak baru lahir, vulva
  • cairan serum akibat luka  bertindak dengan bakteria hasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana

KESAN
  • Ternakan gelisah, gatal, anoreksia, berat turun
  • jangkitan sekunder oleh bakteria, toksemia, kematian

RAWATAN
  • Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (Hydrogen peroxide)
  • keluarkan ulat dikawasan yang boleh dilihat
  • Buang semua tisu mekrotik
  • Rawat luka dengan iodin dan bunuh ulat dengan serbuk negasunt, sembur fly repellent spt Gusanex
Hydrogen peroxide - antiseptik dan membersihkan 
kekotoran dan tisu mati pada luka



fly repellent - disembur pada tempat luka untuk menghalang lalat bertelur yang akan menyebabkan luka berulat


KAWALAN
  • Elakkan kecederaan/ luka pada ternakan
  • rawatan awal luka
  • rawatan iodin pusat anak baru lahir
  • program nyahkutu berjadual - elak luka akibat gigitan kutu
  • guna fly repellent (Gunasex) - elak lalat hinggap kawasan luka








0 comments: